Friday, August 27, 2010

PILIHAN ANDA SENDIRI....!!!

Kecemerlangan, Kesederhanaan dan KEGAGALAN sebenarnya adalah pilihan anda sendiri. Tiada orang lain yang akan menentukan masa hadapan kita, melainkan kita sendiri. Andaikata anda seorang pelajar anda perlu membuat pilihan yang bijak dari sekarang. Tak kiralah siapapun, dan apa pun pilihannya..ianya memberi makna...



Setiap pilihan mempunyai maknanya yang tersendiri.....

Apa makna pilihan anda itu??

Jika Anda Pilih Untuk>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Maknanya Anda....

Bersekolah ..................................................................................Kena pergi sekolah
Ponteng sekolah .........................................................................Bodoh
Ponteng Kelas .............................................................................Dungu
Gagal ............................................................................................Persiakan hidup
Separuh Lulus, separuh gagal ..................................................Zalimi diri
Lulus ............................................................................................Minda sihat
Cemerlang ...................................................................................Insan Mulia
Menjadi Juara ............................................................................Akan berjaya
Kalah ...........................................................................................Menyerah Diri
Buat tak tahu .............................................................................Lalai
Malas Berfikir ............................................................................Persiakan Akal
Malas Belajar .............................................................................Tempah kesengsaraan
Merempit ...................................................................................Menempah Maut
Selekeh .......................................................................................Macam tikus
BERJAYA ...................................................................................AKAN BERJAYA

Pilihlah mana yang anda suka.



Wednesday, August 25, 2010

Penipuan Anak...????

Salam sejahtera, saya terpanggil untuk menceritakan kepada para ibu bapa bagaimana kelicikan anak-anak kita melakukan penipuan terhadap kita. Mungkin bukan anak saudara, mungkin bukan anak saya tetapi ia tidak mustahil berlaku.

Pada minggu lepas, saya sempat 'ambush' satu kumpulan pelajar yang ponteng sekolah. Mereka melepak di sebuah flat, tingkat bawah. Aktiviti biasa bagi mereka yang melepak ialah merokok seawal jam 7 pagi. Mereka mengelak dari masuk ke sekolah pada waktu pagi kerana ingin mengelak perhimpuan. Mereka berborak, makan, merokok dan membuat bising.

Siapa tak menyampah dengan mereka ini. semua orang flat menyampah. anak-anak siapa kah ini?. Anak tuan?. Anak saya?. atau siapa?

Hari ini satu lagi peristiwa yang mengejutkan berlaku. Sebelum memulakan perhimpunan, saya mendapat panggilan telefon dari penghuni flat yang berhampiran sekolah ini. Penghuni menceritakan tentang ramainya pelajar ponteng di flat, tidak masuk ke sekolah.

Dalam ucapan saya di perhimpunan, saya telah mengulas tentang " Merdekan Diri Dari Perlakuan Buruk". Biasa. Setiap hari Khamis saya akan memenuhkan ruang 5 Minit Bersama Kaunselor Anda. Saya telah menyentuh tentang perlakuan pelajar yang ponteng kelas, ponteng sekolah, ponteng puasa yang menunjukkan bahawa pelajar tidak merdeka dari tingkahlaku buruk walaupun ibu bapanya baik.

Diakhir ucapan itu saya menyeru kepada sekumpulan pelahar yang ponteng sekolah, tidak masuk sekolah dan tidak masuk perhimpunan p[agi kerana ponteng di sebuah bangunan flat di sebelah. Saya katakan jika mereka terdengar ucapan saya ini, mereka samada boleh masuk ke sekolah sekarang atau balik ke rumah.

Selesai ucapan, saya tunggu di pinttu masuk sekolah. 4 orang pelajar masuk melalui pintu hadapan. Dsys bertanya, " Kenapa kamu lambat?". Selamba mereka menjawab . "Bangun Lambat, Cikgu..!".

Selepas itu ada 3 orang pelajar lagi masuk, saya bertanya soalan yang sama dan jawapan juga sama. Mereka diminta menulis dalam buku kehadiran lambat pelajar di pos pengawal.

Jam 8.10 pagi, 2 orang lagi pelajar datang. Saya bertanya soalan yang sama. Ini perbualan saya.

Saya "Kenapa kamu berdua datang lambat?.
Pelajar "Bangun lambat, cikgu."
Saya "Semalam pun kamu lambat juga, lepas jam 8 baru masuk. Kelmarin pun sama"
Pelajar "Ya Cikgu"
Saya "Kamu ni rasa megah diri yer. Kamu ini sekolah ni rumah kamu ke?. Suka hati
saja kamu nak datang pukul berapa. Kamu menyusahkan orang lain dan menjadi
kan orang lain benci tengok kamu. Kamu datang pukul berapa?"
Pelajar " Mak bangun lewat, saya lewat. Datang 7.45 tadi".
Saya "Kamu cakap betul-betul. Kamu jangan cuba nak tipu saya. Saya tau. Kamu
singgah dan lepak di flat tadi?. Bagi no fon ayah kamu.."
(pelajar berni no fon, saya contack tapi tak dapat akses no itu)
Pelajar "Tak cikgu, kami tak lepak. Kami datang dari rumah"
Saya "Cakap betul-betul. Jangan nak tipu saya. Ada orang nakpak kamu lepak kat flat
tadi. Cakap betul-betul. Betul takkkk????". Saya sergah.
Pelajar "Singgah sekejap saja cikgu. Sekejap jer"
Saya "Lepak takkkk???. Ckp...!!!".
Pelajar "Yer cikgu. Tapi ramai lagi budak kat sana cikgu"...
Saya " Ohhhh....kamu penipu, pembohong. Kenapa tak mengaku awal-awal lagi tadi?
Awak penipu. Bagi no telefon ayah awak.."
(Pelajar beri no fon ibunya. saya call. Ibunya jawab....")
Saya Assalamualaikum Puan, saya nak maklumkan dan tanya mengenai anak puan,
nama ....................................... saya tangkap di gate sekolah. Dia baru sampai sekolah
Jam 810 pagi. Dia keluar dari rumah tadi pukul berapa? Rumah Puan di mana?
Ibu Pelajar Ye, wkumsalam cikgu. O... dia ke sekolah awal lagi, jam 715 pagi tadi. Rumah saya;
dekat je dengan sekolah, lorong ke 3 dari sekolah. Dalam 10 minit jalan kaki
sampailah....
(telefon putus, kredit habis...)
(Saya mengarahkan pelajar pembohong ini menulis dalam buku catatan pengawal
dan melapurkan diri pada HEM, masuk ke kelas)
TIBA-TIBA...JAM 815 PAGI SAYA MENDAPAT PANGGILAN DARI BAPA
PELAJAR INI......
Bapa Pel Assalamualaikum cikgu....saya ......................... bapa pelajar........................ yang cikgu
call tadi. Isteri saya beritahu cikgu call tadi. sebab itu saya call semula. Apa cerita
anak saya Cikgu?.
Saya Begini Encik. terima kasih kerana call balik. Saya tangkap lanak Encik datang lambat
ke sekolah hari ini. Saya tanya isteri Encik, dia kata, anak en dah keluar rumah jam
715 pagi tadi, tetapi pukul 810 baru sampai sekolah. Saya tanya dia, dia mengaku
dia lepak di flat sampai tamat perhimpunan sekolah. Saya dah tanya dia, dia
memang lepak di sana.
Bapa Pel Ohh...kalau dia terus ke sekolah tentu dia akan sampai sebelum bunyi loceng.
Dulu saya tangkap dia merokok, dah saya ajarkan. Ingat ke dia tak tipu saya lagi.
Ni dia buat lagi.
Saya Ye Encik. Saya cuma bantu untuk membetulkan tingkahlaku anak-anak kita
yang tidak betul. Saya bimbang sebab orang2 di flat sudah marah, banyak kehilangan
Dan bila mereka lepak di sana kita bimbang keranan merokok, bimbang pil, jenayah
dan macam-macam lagi...
Bapa Pel Yer cikgu. terima kasih b anyak-banyak atas maklumat dan perhatian cikgu. Baru
saya tahu anak saya buat hal pulak. Saya tunggu dia balik nanti.. Terima kasih Cikgu.
Ambil no fon saya ni, apa-apa hal cikgu call je saya.
Saya Terima kasih banyak Encik kerana bagi perhatian. Harap-harap kita dapat sama-
sama bantu untuk membentuk anak-anak kita., Terima kasih. Assalamulaikum.

Alhamdulillah, saya mendapat seorang penjaga, suami isteri yang amat prihatin terhadap anak-anak. malangnya selama ini anaknya MENIPU IBU BAPA NYA YANG CUKUP BAIK DAN PRIHATIN.

KEPADA SEMUA IBUBAPA....WASPADALAH AGAR ANDA TIDAK DI TIPU ANAK-ANAK SENDIRI. HUBUNGI SEKOLAH SEBULAN SEKALI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT ANAK ANDA.

KEPADA ANAK-ANAK YANG MENIPU INI...INSAFLAH...TUHAN AKAN MEMBONGKAR SEMUA PERBUATAN JAHAT ANDA...ANDA TIDAK AKAN SELAMAT DUNIA AKHIRAT.