Santapan Belajar



PORTAL PENDIDIKAN ONLINE - PEMBELAJARAN OUTPUT

PORTAL ONLINE ERA BARU PENDIDIKAN KITA: Berkemungkinan ada yang memandang sinis kepada perubahan gaya pendidikan sekarang...Ahh...!!!! Portal Online tempat orang cari wang...(mungkin begitu agaknya dengusan anda?). Bagi saya PORTAL ONLINE SEBENARNYA PENDIDIKAN BARU DI MALAYSIA (mungkin). Pembelajaran Output (output learning) jarang sekali diamalkan oleh pelajar/anak kita. Output hanya dibuat sewaktu ujian atau peperiksaan sahaja sedangkan pembelajaran output perlu dilakukan hari-hari. Latihan-demi latihan ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar melalui pengulangan atau pengeluaran semula informasi yang diperolehi di sekolah sebelum 24 jam...Tentu meningkatkan daya ingatan... Inilah yang perlu disedari oleh ibu bapa yang tidak sempat pun melihat anaknya membuat latihan dirumah...BERIKAN MEREKA PELUANG UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN PORTAL INI kerana anda tidak sempat melayan komunikasi mereka..

BAGAIMANA PORTAL ONLINE MENGAKTIFKAN SELURUH NURON DALAM OTAK ANAK ANDA?: Penerimaan Informasi di sekolah akan hanya tertinggal dalam Ingatan jangka Pendek jika ianya tidak diulang untuk membolehkan informasi itu di stor kan dalam Ingatan jangka Panjang. melalui Latihtubi dalam Portal Online, anak anda akan mengulangi apa yang dipelajari sebelumn tempoh 24 jam...pengulangan ini akan meningkatkan daya ingatan...maka proses ke arah memperkukuhkan daya ingatan berterusan setiap hari.

PERBINCANGAN SECARA TIDAK LANGSUNG: Jika anak anda (Mungkin ada 2 orang di Sekolah Rendah) atau 2 orang di Sekolah Menengah. Apabila mereka memasuki Portal ini dan menjalankan Latihtubi..satu suasana yang wujud dadalah berbincang untuk mendapatkan jawapan. Perbincangan ini akan mengaktifkan pembelajaran mereka dan menambah daya ingatan..maka peringkat Retrieve inilah yang akan mengasah tahap kesediaan pelajar untuk menjawab soalan dalam peperiksaan.

SEHARI 30 SOALAN: Berapa banyak soalan yang berjaya kita berikan untuk anak kita menjawab dalam sehari?. Berapa banyak masa yang digunakan untuk mencari jawapan kepada 30 soalan?. Berapa Buah Buku Rujukan yang perlu dirujuk untuk menjawab 30 Soalan? TETAPI...Melalui portal pendidikan online...dengan hanya klik untuk mencari tajuk dan soalan, menjawab soalah dan serta merta di beri jawapan salah atau betul, disediakan nota untuk klik, disediakan kamusa untuk klik dan dapat terjemahan, diberikan markah segera, ibubapa boleh melihat prestasi dengan segera.....maka 30 soalan sehari amat mudah bagi anak anda...900 soalan sebulan...10 bulan 9000 soalan....Pasti anak anda menjadi pelajar CEMERLANG

Untuk mendapatkan perincian mengenai portal ini . tuan puan boleh layari BLOG INI

========================================================================



MENGAPA ANDA LUPA?
Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.


Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??

Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat..

Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.

Contoh Fakta:

Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri. Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.

Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:

• Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.

• Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.

• Imbas 5 minit setiap 2 minggu.

• Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan.

Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi. Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

Teknik meningkatkan daya ingatan boleh dilakukan melalui LATIHTUBI. Latihtubi yang paling ringkas dan berkesan adalah dengan menggunakan soalan-soalan peperiksaan yang lalu secara teratur. Ini biasanya cepat dan idak membosankan. Dicadangkan anda menggunakan PORTAL ONLINE kerana ia dengan segera member jawapan itu betul atau salah. Anda boleh lihat contoh aplikasi dalam PORTAL INI. Disarankan agar anda melanggan portal ini unuk membuat lagihtubi secara berterusan dalam semua mata pelajaran. Jika anda ingin melanggan sila KLIK DI SINI dan tinggalkan pesanan anda atau hubungi Mystar di 012-9026198

Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.

Ajarkannya kepada orang lain. Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk. Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

Wan Zainal Wan Zi
http://www.wanbizz.com/

========================================================================