Santapan Hari Ini

Setiap hari, apabila terjaga dari tidur, kita membuka lembaran baru. lembaran kehidupan hari demi hari. Semalaman minda berehat atau direhatkan. Saat selepas bangun ini, minda mula bertungkus lumus merencana agenda harian kehidupan. Seperti sebuah buku...satu mukasurat demi satu mukasurat akan di buka.

Apabila perut terasa lapar, minda mula merencanakan tentang makan. Lapar...!!!. Ohh.. Cepat...cari makanan.. apa yang hendak di makan???.

Minda mentafsirkan ..wah sedapnya kalau kena Teh Tarik, tentu best...tambah pula dengan nasi lemak....Errrggg....!!!!... kenyang....

Demi perut, demi kenyang, demi tekak minda terus berputar untuk memenuhi keperluan perut. Untungnya perut kerana minda tidak pernah lokek untutk memikirkan tindakan untuk mengisi perut. Ianya keperluan. Keperluan fisiologi untuk kelangsungan hidup.

Orang yang mampu mengggukan minda untuk mencari jalan mengisi perut itu tentunya waras. Orang tidak waras tidak kisah semua itu. Orang yang tidak mencari makanan untuk perutnya akan kelaparan, kehausan dan lama kelamaan akan kurus kering dan mungkin 'seperti hidup segan mati tak mahu'.

Menjadi orang yang waras tidak susah. Guna Otak, guna minda sahaja. Orang yang waras tentu juga mencari makanan untuk mindanya. Makanan untuk perut sudah dicari. bagaimana mencari makanan minda. apakah yang perlu dimakan oleh minda???. inilah masanya minda kita, kitta perlu berfikir...berfikir dan berfikir sehingga mendapat jawapannya....

Berfikir sejenak tentang apa yang diperlukan untuk menjadi santapan minda kita...Apakah yang perlu dibeikan kepada minda aku...???



Teman Sejati

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabbarakatuh

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

’Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, bila mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" (H.R al-Hakim)


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."



Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga hanya menyusahkan kita. Oleh itu berhati-hati memilih kawan, agar kita sentiasa bahagia dan tidak ditimpa bencana.